Daisypath Anniversary tickers

Apa beza bola dengan konsert nyanyian ??


.

 takde beza, sumanya melalaikan, justeru tok imam hari ni x layak keluarkan perkataan laknat pada konsert kerana kuasa melaknat itu hanya di tangan Allah, tambah tambah lagi tok imam yg bila sampai masanya perlawanan bola nak berlansung, sanggup tinggal para jemaah semata mata x mahu terlepas perlawanan yg kononnya teramat hebat itu (daripada kisah benar).kalau dah tok imam sendiri boleh lalai, apetah lagi kita insan yg lagi selalu lalai ni. Konsert pon tok imam tak tengok, tapi bola tok imam tgk, bukankah itu menunjukan pengaruh bola itu lagi kuat dari konsert? Kita hanya Nampak keburukan pada konsert tetapi bukan pada perlawanan bola kerana salah satu faktor utamanya peserta konsert terdiri dari  campuran lelaki & wanita which is kita pandang tak sopan tambah tambah lagi dengan lenggok tarian & pakaian yg diperagakan manakala bola pula hanya terdiri dari pemain lelaki. Hakikakatnya sama sahaja, apabila pemain pemain yang bertanding di arena bermain dengan mendedahkan aurat lutut (berseluar pendek, kebanyakannya atas lutut). Bukankah itu menayagkan kita aurat mereka which is dengan kita kita turut terdosa melihatnya disamping orangnya yg mmg berdosa memakainya ??  dengan adanya perlawanan bola, bukan sahaja peminat dari kalangan lelaki, bahkan wanita juga sanggp berhabis wang ringgit membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan secara live. Hal ini secara tidak lansung mendedahkan wanita di khalayak lelaki, tu tak termaksuk lagi tingkah laku & pemakaian yg dibawa mereka untuk menyesuaikan diri dengan tema bola itu sendiri (seperti berpakaian jersey, & terpekik terlolong dengan sepanduk banggaan negeri). Maaf, bukan niat mahu memburukan mana mana pihak tetapi agak rasa tidak adil apabila terlalu ramai yg berlagak alim dengan mengutuk pihak itu dan ini secara terang terangan sedangkan diri sendiri pon masih banyak kekurangan, waima mereka terlampau berani menggunakan dalil sebagai pengukuhan kata tanpa mereka sendiri menghayati & mempraktikkan dalil tersebut dalam kehidupan harian mereka. Kesimpulannya, nyanyian dan bola itu adalah aktiviti yg menyihatkan sebenarnya tapi kita sendiri yg pada awalnya telah mencemarkan nilai2 baik yg ada pada aktiviti ini. Menyihatkan?? Ofkos maen bola menyihatkan badan disamping menguji stamina pemain, bgitu juga dengan nyanyian… walaupun tidak melibatkan banyak pergerakan tapi mahunya berpeluh juga teman kalau menyanyi sebab apa pon benda kita buat termasuk tidur adalah menggunakan tenaga. Stamina juga sama hebat bila ia menguji kawalan pernafasan kita , bak kata judges, piching kena jaga dikk .  tapi bagaimana aktiviti tersebut boleh bermanfaat kepada kita ??
Iaitu:BOLA, jadikan sebagai aktiviti masa lapang , yelakan daripada anda tidur time free , lebik baik gi maen dengan kawan, ada jugak peluh yang keluar at least. Dan lagii baik daripada anda hanya jadi penonton mengelilingi padang & di depan televisyen. Untuk perempuan, sape kata tak boleh main. Boleh je, main la di tempat yg tertutup & pastikan semuanya hanya sesame jantina sahaja. Ulangan: sesame jantina sahaja ye.
Kalau KONSERTpulak, daripada anda menjadi penyokong dan penonton baik anda sendiri yg menyanyi. Tetapi menyanyilah untuk diri sendiri / suami/ sesame kengkawan je. Kalau nak dapat pahala ibadat, lagi bagus menyanyi lagu lagu nasyid yang berunsur ketuhanan. Moga Allah merahmati lah kan J tak perlu la SmS Afundi penyanyi penyanyi tuh. Kalau anda tak sMs, tak nonton mesti la tak da untung bagi mereka. Bila takda ong mesti lah diorang tak kan nyanyi kan. Kita mampu mengubahnya, believe lah ! daripada kita duduk je kutuk kutuk diorang itu ini, last2 kita sendiri tanpa sedar nonton konsert tu sampai habis.
Kesimpulannya, kalau la kita nak ubah orang dari kejahilan , cakap saja susah nak jadi kalau ia tak bermula dengan perbuatan kita sendiri. Kalaupun kita nak menegur dengan lisan, sekurang kurangnya gunakan dengan kata yg berhikmah, bukan dengan makian , hinaan yg memalukan. Fitrah manusia itu baik, sukakan perkataan yg baik. Paling penting kita mampu mengubahnya tetapi dengan kekuatan berjemaah/ beramai ramai + keredhaan dari Allah. Barat tidak akan takut kepada kita kecuali kepada orang orang yang berkumpul untuk solat subuh berjemaah. *berjemaah
Akhir kalam: renung renungkan, selamat beramal =)

One Response to “Apa beza bola dengan konsert nyanyian ??”

  1. ada juga tok imam yang mendahulukan bola? huhu,camne nak ajar anak etam berjalan kan,kalo ibu ketam pun berjalan senget kan..

    p/s:terengganu 2-1,ngan kelantan..peteh trg peteh..hehe

Your Reply