Daisypath Anniversary tickers

yang cuti matapelajaran di Uni saja... perkara lain tak cuti


.

Assalamulaikum w.b.t
Bismillah
Alhamdulillah, selepas sekian lama ana membiarkan blog ana ini bersarang tanpa isi... akhirnya terdetik sudah hati untuk berpuisi (^,^) ana sekarang dalam mood bercuti yang mana 2 minggu cuti sudah dipenuhi. Tinggal 3 bulan 2 miggu lagi ??? Justeru apa aktiviti yg antum/na semua isikan sepanjang cuti ini. apa pon moga bermanfaat untuk kalian. moga Allah merahmati =)
sepertimana ana, ana gagal penuhi 1 minggu cuti pertama ana dengan aktiviti yang ana kira bermanfaat untuk ana. dengan mambiarkan nafsu malas menguasai diri, hari hari tersebut berlalu dengan sekadar menonton dan tidur. kalau adapun ana membaca hanyalah setakat dua hingga tiga helaian muka surat sahaja. Astarafirullahalazim -.-''
Tapi ! Alhamdulillh, Tuhan bukakan hati untuk ana bangun dari belenggu malas tersebut. masuk minggu kedua ini, ana menjadi rajin sedikit untuk melangkah keluar dari rumah. penuhi waktu pagi ana dengan mengemas rumah, dan petang dengan berjogging di taman. malamnya pula waktu ana sudahi dengan pengisian rohani melalui pembacaan dan lagu lagu ketuhanan. moga Allah merahmati =)
Namun, apa yang menarik hati ana ingin dikongsikan di sini adalah mengenai kisah ana sepanjang berjongging pada waktu petang. di sana ana memerhati bahawa masih ramai yang masih menitikberatkan masalah kesihatan mereka dan mengambil inisiatif tersebut dengan aktiviti luar.  Tapi sayang, kebanyakan mereka yang berada di situ terdiri dari golongan pertengahan umur dan ke atas. kalaupun ada rakan sebaya ana nisbahnya hanya 1 dalam 10 makcik pakcik di sana. justeru, mana anak muda mudi kita saat ini ??? malu, bukan hendak menuding jari kepada sesiapa bahkan malu dengan diri sendiri kerana kesungguhan pakcik dan makcik di sana lebih hebat dari ana. tidak mudah mengalah untuk mendaki setakat 2 hingga 3 pusingan manakala ana sudah mengah yang teramat walaupun hanya separuh perjalanan. semalam baru la ana mencipta sejarah diri mendaki bukit sebanyak dua pusingan. terkejut kerana tingkah laku ana rupanya disedari oleh seorang pakcik lantas dia hadiahkan ana dengan ucapan ''kuat ar'', senyuman bangga terhadap ana dan juga thumbs up. rasa sebal menyelubung muka ana, terasa panas berapi bukan kerana bangga tapi betapa sebelum ini tidak ada atau mungkin sahaja segelintir anak muda baya ana yang bersungguh seperti ini sehingga pakcik dan makcik sendiri agaknya sudah puas menggeleng kepala tanda kecewa terhadap kami yang malas serta membuang masa dengan aktiviti yang sia sia. Bukan juga setakat dakwaan palsu, kerana ini lah faktanya yang jelas kelihatan di bandar bandar, pasaraya, atau pusat membeli belah. Ramai anak mudi yang menghabiskan masa di sana dengan lepak dan bersuka ria tanpa pulangan yang menguntungkan diri. kalau pun ada, hanya mengisi kebosanan mereka seharian.
Wahai saudara yang disayangi sekalian... suka untuk ana mengajak kalian semua bangun dari belenggu malas dan perkara yang sia sia kepada kita. ayuh isi cuti kita dengan perkara berfaedah, buktikan kepada golongan pertengahan bahawa kita anak mudi adalah anak anak yang berwawasan, punya matlamat bukan setakat ingin berjaya dalam pelajaran, bahkan sosial juga. Berpada pada dalam bersosial kerana tingkah kita ini mencerminkan bagaimana generasi kita akan datang. Renung renung selalu, selamat beramal :)

Your Reply