Daisypath Anniversary tickers

Kenapa mencari solehah BUKAN dicari solehah?


.

Assalamualaikum wbt . . .
Bismillah

Nama sebenar ana ialah solehah binti Ibrahim. Nama ini diberi oleh ibu saudara ana yg merupakan seorang ustazah semasa ana lahir. Kian meningkat dewasa ana tidak suka dan selalu pertikaikan kenapa nama ana ‘’solehah’’, sangat pendek & tidak sencantik nama orang lain seprti ‘’ puteri’’, ‘’balqis’’ dsb. Ana begitu malu bila terpaksa membahasakan diri ana dengan meyebut nama ana sendiri pada kawan kawan. Ini lah kebodohan seorang budak yg berumur 5- 18 tahun.
tapi kini ana percaya bahawa kata kata itu adalah doa. Alhamdulillah, hasil berkat nama yg selalu dipanggil panggil, kini terdetik di hati betapa ana bersyukur dengan nama yg diberi dengan perubahan baik yg ana alami, walopun bg org lain mungkin biasa biasa aje tapi bagi ana itu adalah rahmat yg sgt bernilai. Solehah : anak /isteri/pelajar/kawan yg soleh. Itulah maksud pada pemahaman ana. Kalau waktu kecil ana seorang anak yg nakal dan suka membantah, dewasa ini masa saja ana pergi, ingatan ana pada mak & baba, kerinduan ana , cinta ana, ketawa dan tangis ana hanya sudah memadai hanya dengan mengingat mereka. Kini, ana lebih bahagia menurut kata dari membantah. Alhamdulillah, mungkit itulah salah satu dari keberkatan nama ‘’solehah’’.
kini, berharap nilai nilai solehah dapat diterap sedikit demi sedikit bukan saja sbg anak, waima sbg student, kawan dan Insyaallah sbg isteri akan dtg.itulah yg dimaksudkan ana, ‘MENCARI SOLEHAH’’ kerana solehah itu dicari melalui proses dan pengalaman, bukan dtg dari langit atau dengan sekadar pada nama dan doa adalah senjata yg sangat membantu


Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.  Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”? Jawab  Umar : Ya! Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?  Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yangbaik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.  Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu.  Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro(زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”. Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

moralnya: BERILAH NAMA  YG BAIK KEPADA ANAK ANAKMU DAN PANGGILAH MEREKA DENGAN PANGGILAN YG BAIK =)

Your Reply