Daisypath Anniversary tickers

Kenapa pelangi selepas hujan ??


.

Assalamualaikum wbt...
Bismillah

Kebanyakan blog dicipta untuk berkongsi luahan rasa & kebanyakn luahan hati mereka adalah tentang perkara yg mereka tidak puas hati, negatif & buruk . tak kurang juga blog dijadikan tempat kutuk mengutuk, maki hamun dan menceritakan keburukan org lain. Bila kita yg membacanya akan menekan butang ‘’like’’ pada komen orang orang sebegini ,mereka akan semakin suka serta puas dengan aktiviti begini & saban hari perkara yg kecil pon dibesarkan besar kan demi mencari bahan untuk dijadikan cerita dalam blog meraka. Persolan nya adakah mereka memahami tujuan mereka berbuat demikian atau adakah mereka belajar untuk perbaiki kesilapan diri daripada mereka sibuk mencari keburukan orang lain??
maka, ana dengan selemah lemah manusia yg tidak mampu mengubah saudara ana yg bersikap begini berharap dengan adanya blog ana ini, mereka belajar kepentingan blog yg sebenar demi kebaikan diri dan org lain. Ana bukan lah org yg perfect/sempurna tapi ana akan cuba berkongsi apa yg ana rasa kita patut atau tidak patut lakukan dalam hidup kita terutamannya kita yg bernama islam. Kerana since kita dalah islam, perlakuan dan perbuatan kita mesti diambil berat kerana pembawakan kita melambangkan bagaimana islam pd mata dunia. Sbb kita ambil mudah mende kecil sebgini lah , maka dunia hari ini dipandang enteng oleh Israel & kafir

jauh pulak tersasur …yg ana nak sampaikan sebenarnya , adalah normal jika kita sakit hati, tak puas hati , marah, geram, dll yg berkaitan dgn penyakit hati lah sama ada pd orang lain mahupun pd diri sendiri. Walhal persekitaran juga menjadi faktor kepada emosi kita seharian seperti belajar, panas & kepenatan berjalan. Semua ini ana anggap adalah HUJAN yg kadang kala tahapnya biasa biasa, kdg kdg lebat dan ada juga yg ribut
Namun, adakah manusia memahami kenapa kita ditimpa hujan hujan sebgini??
pastinya tidak lain x bukan untuk menjadi tarbiyyah kepada kita kerana allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari keterbatasan mereka.
TARBIYYAH yg ana maksudkan di sini adalah hikmah dan hikmah ini la ana lihat sebagai PELANGI yg hadir selepas adanya ujian dan dugaan .
maka ana harap, melalui blog ini ,selain mejadi tempat curhat ketidakpuasan ana dek kerana melayan emosi & nafsu, dalam masa yg sama buat ana terpikir kenapa ana mengalami simtom simtom tersebut??? ceewah !! bersimtom simtom gitu. Apakah hikmahnya?? Sekurang kurangnya, ana dpt belajar dari kebodohan rasa dan emosi ana sendiri dan moga moga kawan kawan di luar belajar sama dari kesilapan ana supaya kawan kawan x mengulang kesilapan tersebut. =)

Your Reply