Apa beza bola dengan konsert nyanyian ??
.
Category I love Allah
yang cuti matapelajaran di Uni saja... perkara lain tak cuti
.
Assalamulaikum w.b.t
Bismillah
Alhamdulillah, selepas sekian lama ana membiarkan blog ana ini bersarang tanpa isi... akhirnya terdetik sudah hati untuk berpuisi (^,^) ana sekarang dalam mood bercuti yang mana 2 minggu cuti sudah dipenuhi. Tinggal 3 bulan 2 miggu lagi ??? Justeru apa aktiviti yg antum/na semua isikan sepanjang cuti ini. apa pon moga bermanfaat untuk kalian. moga Allah merahmati =)
sepertimana ana, ana gagal penuhi 1 minggu cuti pertama ana dengan aktiviti yang ana kira bermanfaat untuk ana. dengan mambiarkan nafsu malas menguasai diri, hari hari tersebut berlalu dengan sekadar menonton dan tidur. kalau adapun ana membaca hanyalah setakat dua hingga tiga helaian muka surat sahaja. Astarafirullahalazim -.-''
Tapi ! Alhamdulillh, Tuhan bukakan hati untuk ana bangun dari belenggu malas tersebut. masuk minggu kedua ini, ana menjadi rajin sedikit untuk melangkah keluar dari rumah. penuhi waktu pagi ana dengan mengemas rumah, dan petang dengan berjogging di taman. malamnya pula waktu ana sudahi dengan pengisian rohani melalui pembacaan dan lagu lagu ketuhanan. moga Allah merahmati =)
Namun, apa yang menarik hati ana ingin dikongsikan di sini adalah mengenai kisah ana sepanjang berjongging pada waktu petang. di sana ana memerhati bahawa masih ramai yang masih menitikberatkan masalah kesihatan mereka dan mengambil inisiatif tersebut dengan aktiviti luar. Tapi sayang, kebanyakan mereka yang berada di situ terdiri dari golongan pertengahan umur dan ke atas. kalaupun ada rakan sebaya ana nisbahnya hanya 1 dalam 10 makcik pakcik di sana. justeru, mana anak muda mudi kita saat ini ??? malu, bukan hendak menuding jari kepada sesiapa bahkan malu dengan diri sendiri kerana kesungguhan pakcik dan makcik di sana lebih hebat dari ana. tidak mudah mengalah untuk mendaki setakat 2 hingga 3 pusingan manakala ana sudah mengah yang teramat walaupun hanya separuh perjalanan. semalam baru la ana mencipta sejarah diri mendaki bukit sebanyak dua pusingan. terkejut kerana tingkah laku ana rupanya disedari oleh seorang pakcik lantas dia hadiahkan ana dengan ucapan ''kuat ar'', senyuman bangga terhadap ana dan juga thumbs up. rasa sebal menyelubung muka ana, terasa panas berapi bukan kerana bangga tapi betapa sebelum ini tidak ada atau mungkin sahaja segelintir anak muda baya ana yang bersungguh seperti ini sehingga pakcik dan makcik sendiri agaknya sudah puas menggeleng kepala tanda kecewa terhadap kami yang malas serta membuang masa dengan aktiviti yang sia sia. Bukan juga setakat dakwaan palsu, kerana ini lah faktanya yang jelas kelihatan di bandar bandar, pasaraya, atau pusat membeli belah. Ramai anak mudi yang menghabiskan masa di sana dengan lepak dan bersuka ria tanpa pulangan yang menguntungkan diri. kalau pun ada, hanya mengisi kebosanan mereka seharian.
Wahai saudara yang disayangi sekalian... suka untuk ana mengajak kalian semua bangun dari belenggu malas dan perkara yang sia sia kepada kita. ayuh isi cuti kita dengan perkara berfaedah, buktikan kepada golongan pertengahan bahawa kita anak mudi adalah anak anak yang berwawasan, punya matlamat bukan setakat ingin berjaya dalam pelajaran, bahkan sosial juga. Berpada pada dalam bersosial kerana tingkah kita ini mencerminkan bagaimana generasi kita akan datang. Renung renung selalu, selamat beramal :)
Kenapa mencari solehah BUKAN dicari solehah?
.
Bismillah
Nama sebenar ana ialah solehah binti Ibrahim. Nama ini diberi oleh ibu saudara ana yg merupakan seorang ustazah semasa ana lahir. Kian meningkat dewasa ana tidak suka dan selalu pertikaikan kenapa nama ana ‘’solehah’’, sangat pendek & tidak sencantik nama orang lain seprti ‘’ puteri’’, ‘’balqis’’ dsb. Ana begitu malu bila terpaksa membahasakan diri ana dengan meyebut nama ana sendiri pada kawan kawan. Ini lah kebodohan seorang budak yg berumur 5- 18 tahun.
tapi kini ana percaya bahawa kata kata itu adalah doa. Alhamdulillah, hasil berkat nama yg selalu dipanggil panggil, kini terdetik di hati betapa ana bersyukur dengan nama yg diberi dengan perubahan baik yg ana alami, walopun bg org lain mungkin biasa biasa aje tapi bagi ana itu adalah rahmat yg sgt bernilai. Solehah : anak /isteri/pelajar/kawan yg soleh. Itulah maksud pada pemahaman ana. Kalau waktu kecil ana seorang anak yg nakal dan suka membantah, dewasa ini masa saja ana pergi, ingatan ana pada mak & baba, kerinduan ana , cinta ana, ketawa dan tangis ana hanya sudah memadai hanya dengan mengingat mereka. Kini, ana lebih bahagia menurut kata dari membantah. Alhamdulillah, mungkit itulah salah satu dari keberkatan nama ‘’solehah’’.
kini, berharap nilai nilai solehah dapat diterap sedikit demi sedikit bukan saja sbg anak, waima sbg student, kawan dan Insyaallah sbg isteri akan dtg.itulah yg dimaksudkan ana, ‘MENCARI SOLEHAH’’ kerana solehah itu dicari melalui proses dan pengalaman, bukan dtg dari langit atau dengan sekadar pada nama dan doa adalah senjata yg sangat membantu
moralnya: BERILAH NAMA YG BAIK KEPADA ANAK ANAKMU DAN PANGGILAH MEREKA DENGAN PANGGILAN YG BAIK =)
Kenapa pelangi selepas hujan ??
.
maka, ana dengan selemah lemah manusia yg tidak mampu mengubah saudara ana yg bersikap begini berharap dengan adanya blog ana ini, mereka belajar kepentingan blog yg sebenar demi kebaikan diri dan org lain. Ana bukan lah org yg perfect/sempurna tapi ana akan cuba berkongsi apa yg ana rasa kita patut atau tidak patut lakukan dalam hidup kita terutamannya kita yg bernama islam. Kerana since kita dalah islam, perlakuan dan perbuatan kita mesti diambil berat kerana pembawakan kita melambangkan bagaimana islam pd mata dunia. Sbb kita ambil mudah mende kecil sebgini lah , maka dunia hari ini dipandang enteng oleh Israel & kafir
jauh pulak tersasur …yg ana nak sampaikan sebenarnya , adalah normal jika kita sakit hati, tak puas hati , marah, geram, dll yg berkaitan dgn penyakit hati lah sama ada pd orang lain mahupun pd diri sendiri. Walhal persekitaran juga menjadi faktor kepada emosi kita seharian seperti belajar, panas & kepenatan berjalan. Semua ini ana anggap adalah HUJAN yg kadang kala tahapnya biasa biasa, kdg kdg lebat dan ada juga yg ribut
pastinya tidak lain x bukan untuk menjadi tarbiyyah kepada kita kerana allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari keterbatasan mereka.
maka ana harap, melalui blog ini ,selain mejadi tempat curhat ketidakpuasan ana dek kerana melayan emosi & nafsu, dalam masa yg sama buat ana terpikir kenapa ana mengalami simtom simtom tersebut??? ceewah !! bersimtom simtom gitu. Apakah hikmahnya?? Sekurang kurangnya, ana dpt belajar dari kebodohan rasa dan emosi ana sendiri dan moga moga kawan kawan di luar belajar sama dari kesilapan ana supaya kawan kawan x mengulang kesilapan tersebut. =)
Akhirnye...
.
Cuti 4 bulan bakal menjelang !! blog ini akan bakal menjadi teman ana untuk mengisi waktu yg terluang sepanjang cuti ni. sekarang dalam mood final lg sampai 5hb ni. doakan ana berjaya =)
Insyaallah, ana harap blog yang ana create ini mendatangkan manfaat kepada ana & sahabat yang membacanya (bukan tempat kutuk maki orang) . sampai sini je dulu coretan ana
SALAM PERKENALAN KAWAN KAWAN BLOGGERS :)